Tuesday, May 8

Fashion Showcase KKSY featured in Helo Kampus UTUSAN MALAYSIA



REKAAN FESYEN SETANDING PEREKA ANTARABANGSA



Cantik dan berbakat, itulah yang boleh digambarkan kepada rekaan 26 pelajar semester akhir sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Selayang ( KKSY ) di Spring Summer Fashion Showcase 2012 ( SSFS'12 ) yang diadakan di Sungei Wang Plaza baru-baru ini.
Rekaan yang dipamerkan dalam kategori Academy Fashion Showcase bersempena dengan sambutan ulang tahun ke - 35 Sungei Wang Plaza.
SSFS'12 yang berlangsung pada 10 hingga 12 April dengan kerjasama Malaysian Official Designer's Association (MODA) melibatkan 35 pereka terkenal tanah air di mana KKSY telah diberi penghormatan mempamerkan hasil rekaan pelajar fesyen dan pakaian.
Hasil rekaan fesyen pelajar tersebut telah mendapat tepukan gemuruh dari setiap penonton yang hadir.Pengarahnya,Wan Izni Rashiddi Wan Mohd Razalli berkata, pelajar KKSY dijemput pada pameran pakaian ini adalah kerana pihak pengurusan Sungei Wang Plaza kagum dengan hasil rekaan pelajar.
"KKSY pernah mengadakan pameran pakaian sebegini pada tahun lalu di pentas yang sama dan pihak pengurusan Sungei Wang Plaza berbangga dengan rekaan yang diperagakan,"katanya.
"KKSY sendiri menguruskan majlis pameran tersebut dengan kerjasama pengurusan Sungei Wang dalam memberi ruang dan pentas peragaan.
Wan Izni Rashiddi berkata, penyertaan KKSY merupakan satu penghormatan kepada kolej apabila dijembut bagi memperagakan pakaian pelajar mereka dalam kategori Academy Fashion Showcase dalam majlis tersebut.
"Ia merupakan satu penghormatan tinggi warga kolej apabila menerima jemputan untuk majlis bersempena sambutan ulang tahun ke 35 Sungei Wang Plaza.
"Kami meletakkan kepercayaan terhadap hasil rekaan pelajar yang sememangnya ingin menonjolkan kepada industri," katanya.
Wan Izni Rashiddi berkata,pelajar KKSY bagi program fesyen dan pakaian KKSY terlibat menganjurkan Fashion Show bagi setiap pelajar semester akhir.
"Penglibatan mereka bertujuan untuk mengeneengahkan bakat pelajar dalam industri fesyen serta menonjolkan kemampuan pelajar KKS di mata industri.
Katanya,program ini merupakan galakan kepada pelajar untuk berusaha dalam menghasilkan koleksi hasil rekaan sepanjang pengajian selama dua tahun dan ditonjolkan kepada pihak umum khususnya pada industri.
"Usaha ini diharapkan dapaat mengenengahkan kemahiran pelajar KKS dan menjadi plaatform kepada pelajar dalam mempromosikan hasil mereka,"katanya.

oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
sedutan Utusan Malaysia.






Nak tahu kenapa myra bold satu perenggan kat atas, ini sebabnyaa....

hehe.thanks to all the seniors.
also not forgetting ,
to beloved lecturers
Mrs Idayati
Mrs Jane
Mrs Hanna
Mrs Shaheela
Mrs Azie
Mrs Ain
Mrs Alin
Miss Mita
Mr Azizi

JASAMU AKAN KU KENANG ! =D

ushar ENTRY ni yea =)

3 comments:

Ladyulia said...

wah, apa ada hasil design kamu di newspaper itu?

Anonymous said...

thanks, very good =)

Anonymous said...

[url=http://4moneymaker.net/] Hi! I like this site. A lot of beautiful design. Thank you, I think to stay here for a long time [/url] [color=#993399]